Perihal

sijil-kelulusan-permohonan-induk
Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia
atau nama singkatannya ALKIS ialah persatuan alumni untuk bekas pelajar Kolej Islam Malaya (KIM), Kolej Islam Klang (KIK) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor, atau pun ringkasannya Alkis untuk semua.

Jawatankuasa Protem Persatuan telah ditubuhkan pada penghujung 2004. Bersempena sambutan 50 tahun penubuhan Kolej Islam pada 2005, usaha telah dijalankan untuk mendaftarkan persatuan ini dengan pendaftar pertubuhan. Secara rasminya pada 15 Jun 2005 dengan nama berdaftar Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia dan singkatan rasmi ALKIS telah diluluskan pendaftarannya, 2 hari sebelum majlis sambutan Jubli Emas Kolej Islam. Usaha penubuhan persatuan ini telah menyelesaikan persoalan lepasan Kolej Islam alumni mereka. Sehingga hari ini usaha pengumpulan semula maklumat lepasan Kolej Islam sedang giat dijalankan. Persatuan ini mengabungkan keahlian dari ketiga-tiga era Kolej Islam iaitu:

  1. Kolej Islam Malaya (1955-1967)
  2. Kolej Islam Kelang (1967-1989)
  3. Kolej Islam Sultan Alam Shah (1989-sekarang)

Moto Persatuan : (فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ) Fasda’ Bima Tu’mar (sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepadamu – al-Hijr: ayat 94)

Nama Rasmi / Official Name:
Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia (ALKIS)

An official Website for Graduates from KIM, KIK and KISAS.

No. Pendaftaran / R.O.S. registratian no.:
0947-05-5 (Nombor Pendaftaran Asal)
PPM-005-10-30052005 (Migrasi: 18 Jun 2014)

Maklumat Akaun Bank / Bank Account Information:
Maybank Bhd: 564 258 500 577 (Persatuan Alumni Kolej Islam)

Alamat Persuratan / Corresponding Address:
Blok 1, MKN Embassy, Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel: 03-8318 6848
Faks: 03-8318 6846