Kejohanan Boling ALKIS 2015

Kejohanan Boling ALKIS 2015 telah diadakan pada 5 Disember 2015 bertempat di ARL Bowling Alamanda, Putrajaya jam 2.00 petang. Kejohanan ini telah disertai oleh lapan pasukan dan diwakili empat pemain untuk setiap pasukan.

Juara: Kumpulan Umum (2) yang diwakili oleh Tn. Haji Adli, En. Ramlan Hassan, En. Faizuddin Ramlan serta En. Sharani Kamaludin.

Tempat Kedua: Kumpulan ALKIS SISWA USIM (1) yang diwakili oleh En. Amin, En. Aman, En. Farhan dan En. Hanafi.

Tempat Ketiga: Kumpulan ALKIS 2007 yang diwakili oleh En. Akmal, En. Amirul, En. Farhan Wajdi dan En. Azim Paku Rozi.

Peserta lelaki terbaik (jatuhan pin terbanyak): Tn. Haji Adli.


Peserta wanita terbaik (jatuhan pin terbanyak): Pn. Nurliza Mohd Nasir.

Barisan EXCO ALKIS merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang turut serta dalam kejohanan ini.

LENSA ALKIS

12316601_1113638591994212_8040294969491982692_n

Kejohanan Boling ALKIS 2015

DSC_0558

Antara peserta yang mengambil bahagian.

DSC_0568

Sementara menunggu giliran membuat balingan.

DSC_0572

Suasana ketika kejohanan berlangsung.

DSC_0575

Kelihatan Datuk Presiden ALKIS turut hadir memberi sokongan.

DSC_0585

Suasana sementara menunggu keputusan pemenang.

DSC_0581

En. Muhammad Nazirul Mubin bersedia untuk mengumumkan senarai pemenang.

DSC_0597

Juara: Kumpulan Umum (2) yang diwakili oleh Tn. Haji Adli, En. Ramlan Hassan, En. Faizuddin Ramlan serta En. Sharani Kamaludin.

DSC_0590

Tempat Kedua: Kumpulan ALKIS SISWA USIM (1) yang diwakili oleh En. Amin, En. Aman, En. Farhan dan En. Hanafi.

DSC_0587

Tempat Ketiga: Kumpulan ALKIS 2007 yang diwakili oleh En. Akmal, En. Amirul, En. Farhan Wajdi dan En. Azim Paku Rozi.

DSC_0601

Peserta lelaki terbaik (jatuhan pin terbanyak): Tn. Haji Adli.

DSC_0604

Peserta wanita terbaik (jatuhan pin terbanyak): Pn. Nurliza Mohd Nasir.

Lagi gambar di Facebook Nazihatul Hanan.

Aktiviti ALKIS: Ke Tasik Kenyir 2015

Jun 2015 – Pada 6 dan 7 Jun 2015, telah berlangsung satu program ALKIS di Tasik Kenyir, Terengganu. Aktiviti ini telah disertai oleh Tn. Haji Jaafar Jusoh, En. Kamaruzzaman Tarumizee dan keluarga, En. Omar Aziz dan kawan-kawan, En. Mamat dan keluarga serta Pn. Nurliza Mohd Nasir dan suami.

Antara aktiviti yang dijalankan:

  1. Memancing.
  2. Mandi di lokasi air terjun terpilih.
  3. BBQ.

LENSA ALKIS

11377140_1021720611186011_8101729848230009866_n

Rumah bot (Houseboat) yang disewa oleh pihak penganjur.

11393256_1021721667852572_6176882606549986877_n

Lauk kering dan basah untuk makan tengah hari, malam dan sarapan pagi.

11377329_1021724751185597_2204855219652139026_n

Menjamu selera di tepi rumah bot (houseboat) – Ikan singgang, telur dadar, ulam, jeruk petai serta budu.

11391420_1021725161185556_7861437808928293625_n

Masing-masing nampaknya berada dalam kondisi – lapar.

11401134_1021726897852049_7234726248677364215_n

Serius benar Timbalan Presiden ALKIS, Tn. Haji Jaafar Jusoh mengenakan umpan pada alat mengailnya.

10489625_1021727464518659_4195102028193148575_n

Memancing di tepi rumah bot.

11406455_1021922771165795_3315995534346366515_o

Tn. Haji Jaafar Jusoh membakar ayam, udang serta sotong yang sudah diperap.

11407056_1021922981165774_5018229059816438104_n

Berborak-borak sambil ber’BBQ’. Ada ayam, sotong serta udang bakar.

11406120_1021924451165627_4475204041693284214_o

Mandi air terjun pun menyeronokkan.

11423365_1021924291165643_8526817327424859812_o

Entah apa yang diperbualkan oleh warga ALKIS ini?

Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan.