ALKIS di Puncak Broga

SEMENYIH – Biro Sukan dan Rekreasi ALKIS yang diketuai oleh Dr. Zaid Mohamad (Pak Jed) telah menganjurkan aktiviti mendaki Bukit Broga pada 9 Oktober 2016. Seramai 14 warga ALKIS telah turut serta dalam aktiviti ini. Turut serta dalam cabaran ini ialah Naib Presiden ALKIS, En. Kamaruzzaman Tarumizee (Karuzi).

 Dari Lensa ALKIS

img-20161009-wa0000Para peserta berkumpul di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih.

img-20161009-wa0001

Naib Presiden ALKIS, En. Kamaruzzaman Tarumizee bersama isteri.

img-20161009-wa0002

… dan pendakian pun bermula. Turut kelihatan dalam gambar Dr. Mohd Kamal Ariff Abdul Ghani (ALKIS ’03) dan Pn. Norafdalila Abas (ALKIS ’03)

img-20161009-wa0005

Kami cergas dan sihat!

img-20161009-wa0007

Selfie dulu.

img-20161009-wa0008

Berhenti melepas lelah seketika.

img-20161009-wa0010

Pemandangan pada waktu pagi.

img-20161009-wa0015

Yahu. Kami berjaya sampai di sini.

img-20161009-wa0017  img-20161010-wa0020

Kegembiraan terpancar di wajah.

img-20161009-wa0021

Adik-adik ALKIS dari USIM yang bersemangat waja.

img-20161009-wa0022  img-20161009-wa0025

Kami sudah daki Bukit Broga, anda bila lagi?

img-20161009-wa0028 img-20161009-wa0030

Kegembiraan yang tidak tergambar dengan kata-kata.

img-20161010-wa0014 img-20161010-wa0015 img-20161010-wa0016

Keluar peluh, badan sihat, hati girang.

img-20161010-wa0017 img-20161010-wa0018 img-20161010-wa0019  

Akhirnya… puncak Bukit Broga.

Kami barisan Exco ALKIS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong program anjuran ALKIS.

Perutusan Presiden

Assalamu alaikum.

ALKIS merakamkan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada Tuan Pengetua, guru-guru serta barisan kepimpinan KISAS khususnya kepada pelajar-pelajar KISAS yang telah menduduki Peperiksaan STPM dan SPM 2015 yang keputusannya telah diumumkan baru-baru ini.

Kejayaan menduduki tangga teratas bagi STPM dan tangga keempat bagi SPM dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara adalah pencapaian yang amat membanggakan.

Pihak ALKIS sama-sama ingin berkongsi kegembiraan atas pencapaian cemerlang ini dan mendoakan semoga semua calon yang berkenaan akan meneruskan kecemerlangan di peringkat pengajian tinggi dan seterusnya ke alam kerjaya.

Wassalam.

Datuk Muhamad Haitamin Ishak
Presiden ALKIS (2016/18)